Apr 19, 2010

YANG TERINGATKAN..

Ada sayu di hujung rindu. Saat-saat di sekolah praktikum, rasa masih mekar dalam nuansa kalbu. Rindunya. Membaca sapucuk surat dari seorang murid, airmataku bergenang.

Hari pertama kembali ke maktab: semuanya ceria.

Saat kami bertukar-tukar pengalaman, aku kongsikan beberapa buah pengalaman sendiri semasa berjalannya praktikum

1) Lawatan ke rumah murid (kes ponteng sekolah) Memang menarik, sebab seorang aku jumpa di dalam tandas (taknak keluar langsung pada mulanya) dan yang lagi seorang berbungkus di dalam toto. Heee, macam-macam.

2) Seorang murid mengalami kecederaan di kepala. Dengan darah yang dah mengalir ke bajunya, aku lihat luka di kepalanya serius juga. Mujur ada ilmu PBSM, alhamdulillah. Dapatlah aku guna sebaiknya.

Hari itu juga, aku jadik nurse kepada 4 orang yang ke'pitam'an. Humanggg aaaiii. Sungguhlah seorang guru itu perlu serba tahu.

3) Ibu dan abah datang berbincang tentang anak-anak mereka. Alhamdulillah, aku dipercayai. Kami berbincang untuk kejayaan anak-anak SKSE. Yang paling aku ingat..

"Sejak dia duduk kaunseling dengan cikgu, dia nampaknya tambah bagus belajar. Nak tanya cikgu, macam mana nak bagi dia semangat sikit. Kak tengok dia letih ja"

Kami berkongsikan tentang makanan kesihatan: suplement :) Uzma, semoga kamu berjaya mendapat 5A ya.


4) Seorang murid kecil terkebil-kebil, sedang menadah tangan di pili air.

"Kamu nak ambil wuduk ke?"

Dia angguk. Macam mahu nangis.

"Cikgu, dia tak tahu amek air sembahyang" - balas rakan kecil yang lain.

"Ikut cikgu ya"

Aku aturkan wudhuknya. Aku ajarkan satu persatu. Dia buat, tapi malu-malu. Robbi, sungguh bermakna pengalaman ini :)

4) Paling best adalah pengalaman melatih murid-murid untuk Konvensyen Dr Muda Peringkat Negeri. Dengan kerenah murid yang nakal, props yang agak season, dan masa seminggu. Finally, rezeki berpihak kepada kami.

Juara Peringkat Negeri adalah hadiah terindah dalam kamus praktikum. SKSE akan mewakili Perlis ke peringkat kebangsaan. Alhamdulillah.


Penutup

Robbi, terima kasih atas ilmu, pengalaman dan kenangan ini. Ianya membuatkan seorang aku tambah cemerlang dalam usaha dan impianku sendiri demi mencari kepuasan dalam kembara ini.

Kalami: Mak dan ayah pesan, buat yang TERBAIK :)

No comments: